Hari ini saya mahu beremosi.

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku

Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


Tiada yang menarik cuma saya control macho dan ya saya sedang meniarap.

Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Bila teringat kejadian pagi tadi, saya rasa nak tergelak. Alhamdulilah, pintu hati dah terbuka. Saya dah tak nak fikir lagi. Saya rasa diri saya merepek jadi dengan ini saya berputus asa. Biarlah masa yang menentukan. Dua minggu ni saya rasa semua kawan saya macam dah menyampah dengar nama yang sama setiap hari. InshAllah mula dari minggu hadapan, saya tak akan sebut tentang dia lagi. Saya akan lupakan perasaan saya, saya akan lupakan apa yang saya cakap dulu. Saya tak akan cari dia lagi

Dalam masa dua minggu dekat sekolah banyak perkara saya belajar:

1. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat.
2. Kita mesti ada pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu.
3. Orang ketiga ini orang yang bernasib malang.*Sila fahamkan ayat ini.
4. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
5. Sebelum jaga kain orang, jaga kain kita dulu.
6. Tak elok buka aib orang kerna kita pun ada benda untuk dirahsiakan
7. Mengutuk wajah orang itu dosa kerna kita telah mengutuk ciptaan Tuhan.
8. Jangan cakap atau buat tanpa berfikir dahulu.
9. Tak perlu nak memaksa orang untuk suka kita
10. Orang boleh benci kita tanpa sebab.

1 comment: