Setelah sekian lama

Bangun awal pagi walaupun tidur lewat malam. Entah apa yang mengejutkan membuat diri terasa ingin bangun. Ehem, ye mungkin sebab tidur atas lantai dalam bilik mak disebabkan terlalu takut nak tidur dalam bilik sendiri. *4 messages. Satu dari kakak, 3 dari mereka. Mereka? Wahh. 

26th May was my mom's birthday. Happy Birthday Puan Rahimah. You're the best mother in this world. Nobody can replace you. Semoga dipanjangkan umur dan dimurah rezeki. Dalam sehari, 5 kali Diah doakan mak yang terbaik and yeeeees, my brother made this video sempena birthday mak. Kepada Tok Oyoh, jangan jealous~

video

Ehehehe, comel kan Cerap. Happy Birthday Tok Omak! Tak boleh berhenti gelak tengok video ni. Aiseh, rindu pulok dekat family members yang lain especially Apong yang sekarang tengah belayar. 

Bulan Mei ni macam-macam terjadi kepada diri ini. Serius tak tipu. Dah lah kena marah dengan Cg. Mokhtar masa malam sebekum Hari Guru pastu kan saya kan*tutup muka dengan bantal* telah memalukan diri saya sendiri depan Cg. Ini semua Jaaaaz punya pasal. Kalau lah masa balik tuisyen, dia tak nyanyi 'Tonight, we're young~'  tak mungkin saya akan sambung 'So we set the world to fire!' sambil menari shuffle ala-ala LMFAO dan tak mungkin jugak lah Cg. Mokhtar nampak saya menari tengah-tengah dataran. Ini sungguh memalukan *tangan ke belakang kepala tunduk ke bawah* -_____________-

Kepada Cg. Yus. Cikgu yang tampan, gagah lagi perkasa. Terima kasih atas segala ilmu yang cg jerus dekat saya. Saya tak mungkin lupakan cg. Kata-kata terakhir cg masih lagi terngiang-ngiang dekat telinga saya. Semoga cg bahagia di sisi isteri cg yang tercinta. Hampir 3 tahun cg mengajar saya, maafkan saya kalau ada silap dari segi percakapan dan perlakuan.Okay, ini sungguh menyedihkan *jari bawah mata tahan air mata* T.T

Okay, mula langkah kanan, mulakan hari baru. Sem yang ke-2 aku nak jadi lebih matang dan Inshallah lebih baik dari yang sebelum. Kalau nampak masih tiada perubahan, ye itulah saya. Terima lah saya seadanya.



No comments:

Post a Comment